Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

Monday, November 7, 2011

Ujian lisan dan bacaan 11

Ujian Bacaan  11
     Hampir seminggu Razlan tidak datang ke sekolah. Dia menghidap demam panas. Seluruh tubuhnya berasa panas.
        Dia telah dibawa oleh ayahnya ke hospital. Doktor memeriksa Razlan. Doktor memberitahu ayahnya bahawa nyamuk telah menggigit Razlan. Doktor telah memberi Razlan ubat. Razlan telah dinasihat oleh doktor supaya rajin makan ubat.
        Semasa di hospital, kawan-kawan Razlan dan cikgu datang melawatnya. Cikgu menasihati Razlan supaya tidur dalam kelambu agar tidak digigit oleh nyamuk.

Ujian Kefahaman 11
1.  Mengapakah Razlan tidak datang ke sekolah?
2.  Siapakah yang telah merawat Razlan?
3.  Apakah nasihat cikgu kepada Razlan?

Ujian lisan dan bacaan 10

Ujian Bacaan  10
        Amin sangat gembira kerana ibunya akan membawanya pergi ke pasar malam.
        Pasar malam di tempat Amin diadakan pada setiap malam Khamis.
        Di pasar malam, terdapat berbagai-bagai jenis barang yang dijual. Ada makanan, pakaian dan barang-barang permainan.
        Amin suka membeli makanan yang dijual di pasar malam.

Ujian Kefahaman 10
1.  Mengapa Amin sangat gembira?
2.  Pukul berapakah pasar malam itu bermula?
3.  Apakah yang Amin suka beli?

Ujian lisan dan bacaan 9

Ujian Bacaan  9
        Beberapa  hari yang lalu, kawan baik saya, Siti telah jatuh sakit. Dia telah dimasukkan ke Hospital Besar.
Saya dan beberapa orang kawan pun pergi ke hospital untuk melawatnya.
        Kami nampak Siti berbaring di atas katil. Wajahnya kelihatan pucat. Siti amat gembira apabila melihat kami datang.
        Beberapa hari kemudian, Siti pun sembuh. Dia kembali belajar bersama kami. Kami amat gembira apabila melihatnya sudah sihat.

Ujian Kefahaman 9
1.  Mengapa “kawan baik saya” dimasukkan ke Hospiral Besar?
2.  Siapakah yang melawat si sakit?
3.  Wajah siapakah yang kelihatan pucat?

kata ganti nama diri 3

KATA HUBUNG

Friday, October 14, 2011

Ujian lisan dan bacaan 8


Ujian Bacaan  8
        Masyarakat Malaysia ialah masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk terdiri daripada berbilang kaum. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Hidup bermasyarakat mestilah sentiasa hormat-menghormati dan tolong- menolong.
        Hidup tolong-menolong baik diamalkan. Tolong-menolong boleh memudahkan kerja. Sesuatu kerja juga boleh disiapkan dengan cepat.
        Kita mesti sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Dengan itu, kita akan hidup aman dan damai. Hidup bermasyarakat mestilah bersatu-padu.

Ujian Kefahaman 8
1.  Apakah maksud masyarakat majmuk?
2.  Namakan tiga kaum terbesar di Malaysia.
3.  Mengapakah kita patut hormat-menghormati antara kaum?

Wednesday, October 12, 2011

Contoh ABM 1




Nyanyian huruf vokal

Mengenal dan Menyebut Huruf Vokal
A nama hurufnya
`a’ itu bunyinya
Ha hahahahahahaha

E nama hurufnya
`e’ itu bunyinya
He hehehehehehehe

I nama hurufnya
`i’ itu bunyinya
Hi hihihihihihihi

O nama hurufnya
`o’ itu bunyinya
Ho hohohohohohoho

U nama hurufnya
`u’ itubunyinya
Hu huhuhuhuhuhuhu

Ha hahahahahahaha
He hehehehehehehe
Ho h oho h oho h oho ho
Hu huhuhuhu huh u hu
Ha hahahahahahaha
He hehehehehehehe
Ho h oho h oho h oho ho
Hu huhuhuhu huh u hu

Tuesday, October 11, 2011

Ujian lisan dan bacaan 7

Ujian Bacaan 7
Nazri seorang budak yang rajin dan baik hati. Dia selalu menolong ibu, ayah, abang dan kakaknya jika mereka memerlukan bantuan.
Nazri rajin mengulang kaji pelajaran dan membaca buku. Setiap malam sebelum tidur, Nazri akan membuat kerja rumah yang diberi oleh guru. Jika abang dan kakaknya meminta tolong, Nazri akan memberikan pertolongan sebaik mungkin.
Apabila ayah dan ibunya memanggil Nazri, dia akan menyahut dengan suara yang paling hormat. Nazri menjadi anak kesayangan keluarganya.

Ujian Kefahaman 7
1.Siapakah nama budak yang rajin dan baik hati dalam petikan?
2.Berapakah orang ahli keluarga Nazri?
3.Bilakah Nazri membuat kerja rumahnya?

Ujian lisan dan bacaan 6

Ujian Bacaan 6
Pada suatu hari, Sang Harimau hendak menangkap Sang Kancil. Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya. Ia memberitahu bahawa ia sedang menjaga gong Nabi Sulaiman.
Sang Harimau ingin memukul gong itu. Sang Kancil membenarkan Sang Harimau memukul gong itu setelah ia bersembunyi.
Apabila Sang Harimau memukul gong itu, beribu-ribu ekor lebah keluar lalu mengejar Sang Harimau.

Ujian Kefahaman 6
1.Mengapakah Sang Kancil mencari akal?
2.Gong siapakah yang dijaga oleh Sang Kancil?
3.Adakah Sang Kancil membenarkan Sang Harimau memukul gong itu?

Saturday, October 8, 2011

Ujian lisan dan bacaan 5

Ujian Bacaan 5
Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah Nana telah mengadakan Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. Murid-murid dan guru-guru bekerjasama menghias dewan dengan cantik.
Ramai ibu bapa dan penjaga yang hadir untuk menyaksikan anak mereka menerima hadiah. Majlis itu dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah.
Selain itu, terdapat juga persembahan daripada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Majlis itu bermula pada jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang.

Ujian Kefahaman 5
1.Bilakah majlis itu bermula dan tamat?
2.Siapakah yang merasmikan majlis itu?
3.Siapakah yang menghias dewan dengan cantik?

Ujian lisan dan bacaan 4

Ujian Bacaan 4
Pak Din seorang nelayan. Tiap-tiap hari, Pak Din turun ke laut untuk menangkap ikan. Pak Din juga mempunyai sebuah sampan.
Pak Din menggunakan jala untuk menangkap ikan. Apabila sampai di tempat yang ada banyak ikan, Pak Din menebar jalanya. Banyak ikan yang masuk ke dalam jala Pak Din. Pak Din menyimpan ikan-ikan itu di dalam kotak yang disediakan.
Biasanya, Pak Din akan berada di laut selama empat atau lima jam sahaja. Pak Din akan pulang ke rumah apabila sudah mendapat banyak ikan. Ada ikan yang dimakan sendiri dan ada juga yang dijual di pasar.

Ujian Kefahaman 4
1.Apakah pekerjaan Pak Din?
2.Apakah yang digunakan oleh Pak Din untuk menangkap ikan?
3.Berapa lamakah Pak Din berada di laut?

Ujian lisan dan bacaan 3

Ujian Bacaan 3
Sekolah Budin telah mengadakan lawatan ke Melaka. Mereka pergi dengan menaiki bas. Cikgu Kim Seng telah mengetuai lawatan tersebut. Seramai enam puluh enam orang pelajar bersama tujuh orang guru menyertainya.
Tempat-tempat menarik yang telah dilawati ialah A Famosa di Bandar Hilir, Perigi Hang Tuah, Makam Hang Jebat, Mini Malaysia, Zoo Air Keroh dan Muzium Melaka.
Mereka sampai semula di sekolah pada pukul 10.00 malam setelah puas melawat tempat-tempat bersejarah di Melaka.

Ujian Kefahaman 3
1.Ke manakah sekolah Budin mengadakan lawatan?
2.Berapakah bilangan guru yang menyertai lawatan itu?
3.Bilakah mereka tiba di sekolah semula?

Ujian lisan dan bacaan 2

Ujian Bacaan 2
Air sangat berguna kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Air yang bersih berguna untuk diminum, membasuh, memasak dan mandi.
Manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan mati kehausan jika tiada air. Air dapat menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan makanan.
Air juga digunakan dalam bidang pertanian dan pengangkutan. Kenderaan memerlukan air untuk berfungsi dengan lebih baik.


Ujian Kefahaman 2
1.Kepada siapakah air sangat berguna?
2.Apakah yang akan terjadi jika manusia, haiwan dan tumbuh-tumbihan tiada air?
3.Mengapakah kenderaan memerlukan air?

Ujian lisan dan bacaan 1

Ujian Bacaan 1
Pada hari minggu yang lepas, Rahimah dan keluarganya balik ke kampung datuknya di Kuala Kangsar, Perak. Pada masa itu ialah musim buah-buahan.
Semasa dalam perjalanan ke rumah datuknya, Rahimah terlihat banyak pokok rambutan, manggis, durian, duku dan langsat di sepanjang jalan.
Dia sangat gembira apabila sampai ke rumah datuknya. Datuk Rahimah membawa mereka ke dusun. Di dusun itu, mereka makan buah dengan sepuas-puasnya.

Ujian Kefahaman 1
1.Ke manakah Rahimah pergi pada minggu lepas?
2.Apakah yang dilihat oleh Rahimah semasa dalam perjalanannya?
3.Apakah perasaan Rahimah?

Thursday, October 6, 2011

Lirik lagu 3

TARIAN INANG

Mari kita menari
Kita menari
Tari inanglah inang
Rentaknya inang

Seni budaya bangsa
Budaya bangsa
Hidup suburlah masa
Sepanjang masa

Lirik lagu 2

BURUNG KAKAK TUA

Burung kakak tua
Ada anak dua
Pak Long sudah tua
Gigi tinggal dua

Burung kakak tua
Ada anak empat
Pak Long sudah tua
Jalan pakai tongkat

Wednesday, October 5, 2011

RPH BM 4

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Masa : 8.30pg – 9.30pg (60 minit)
Kelas : Tahun 5
Tajuk : Kata bilangan

Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
1) membina ayat dengan menggunakan kata bilangan dengan tepat
2) membetulkan kesalahan kata arah yang terdapat dalam ayat

ABM : OHP, transparensi, petikan, lembaran kerja
Nilai : Menghargai, bekerjasama, berusaha
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah diajar penjodoh bilangan

Langkah Pengajaran

1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid berkenaan dengan penjodoh bilangan
2. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran.
3. Guru menyenaraikan beberapa contoh kata bilangan
4. Guru membimbing murid mendapatkan hukum atau peraturan dalam penggunaan kata bilangan
5. Guru menayangkan transperansi untuk latihan latih tubi tukar ganti mudah.
6. Guru menunjukkan contoh-contoh penggunaan kata bilangan.
7. Guru mengedarkan petikan kepada murid-murid.
8. Murid diminta menggariskan penggunaan kata bilangan yang salah dalam petikan.
9. Guru menyuruh murid-murid membetulkan semula kesalahan kata bilangan tersebut.
10.Guru menyuruh murid menulis semula ayat yang mengandungi kata bilangan yang salah di papan tulis
11.Guru meminta murid-murid membina ayat-ayat dengan menggunakan kata bilangan yang disediakan.

Lirik lagu " Sayang semua "

Sayang Semua

Satu , satu
Saya sayang IBU,
Dua , dua
Saya sayang AYAH,
Tiga sayang,
ABANG ADIK KAKAK,
Jangan lupa sayang DATUK NENEK juga.

RPH BM 3

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Tatabahasa - Kata sendi
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:
i. membina ayat berdasarkan kata sendi yang diberi.
ii. membetulkan kesalahan penggunaan kata sendi dalam ayat.

Alat Bantu Mengajar : Papan gulung, lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah pun didedahkan dengan aspek membetulkan
kesalahan kata dalam ayat
Nilai : Berusaha, kerjasama, yakin pada diri

Set Induksi
1. Guru mengemukakan satu contoh ayat yang ada dalam kata sendi

Langkah
1.Guru menerangkan konsep kata sendi
2.Guru menyenaraikan kata-kata sendi yang terdapat dalam BM.
3.Guru menerangkan fungsi bagi setiap kata sendi tersebut
4.Guru mengemukakan ayat-ayat contoh yang menggunakan kata sendi
5.Guru mengemukakan kebiasaan-kebiasaan kesalahan kata sendi yang sering dilakukan
oleh murid-murid
6.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
7.Murid-murid diminta berbincang secara berpasangan supaya membetulkan semula
kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut
8.Guru menunjukkan ayat-ayat di papan gulung yang mengandungi kesalahan penggunaan
kata sendi dalam ayat

Penutup
1.Guru dan murid mengulangi kesalahan yang terdapat di dalam lembaran kerja
bersama-sama.
2.Guru diberi lembaran kerja sebagai pengukuhan.

Tuesday, October 4, 2011

RPH BM2

Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Melayu

Tahun : 2
Subjek : Bahasa Melayu
Masa : 9:00am-10:00pm
Tajuk : Sungai Kita
Tema : Mengenali Papan Tanda

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat

1.Berbual tentang tentang kata panggilan ahli keluarga asas.
2.menjawab soalan berdasarkan petikan.
3.Mengenali papan tanda

Sistem Bahasa : keluarga, datuk, nenek
Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : kasih sayang
KBT : Kontekstual
EMK : kreatif dan inovatif
Media / ABM : Kad Imbas


Strategi / Aktiviti :

1.Murid-murid teliti gambar kemudian menceritakan pengalaman berkelah.

2.Murid-murid menyatakan maklumat tentang anggota keluarga masing-masing.

3.Murid-murid dibimbing membaca dialog secara mekanis.

4.Murid-murid menjawab soalan secara lisan.

5.Murid-murid dijelaskan kepentingan maksud papan tanda.

6.Murid-murid dibimbing melengkapkan lembaran kerja.

Sunday, October 2, 2011

RPH BM 1

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tajuk : Makanan Seimbang

Objektif:
1. Mengeja, membaca danmemahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng
dengan betul.

2. Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata tertutup ng
dengan betul.

Aktiviti :

1. Lakonan di pasar.
2. Membimbing murid membaca perkataan bergambar.
3. Permainan mencantum suku kata berdasarkan gambar.
4. Mencari pasangan sambil menari mengikut rentak muzik.
5. Lembaran Kerja.

Impak/Refleksi: (Cth)
90 % murid mencapai objektif.
10 % diberi pengukuhan
Glitter Graphics | http://www.graphicsgrotto.com/

lagu rasa sayang

Lagu kereta kecil warna merah

kata nama am

tema pengajaran

suku kata 1

Bangku
View more presentations from Sandra966

Kosa kata 1

kosa kata 2